MENGENALI PERDANA MENTERI MALAYSIA
Sejarah Kemerdekaan
Suara
tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah
kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom,
penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu
sebagai sebuah koloni.
Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada
Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946.
Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata
khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan
dan kesetiaan mereka terhadap negara.
Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21
Januari 1948 berjaya mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu;
kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.
Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum
Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan
institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris
memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu
termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan
Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab
Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh
tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik
Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan.
Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan
yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan
datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn
Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini bertujuan
untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan
memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya dan memelihara dan
mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja
Melayu.
Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian
Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang
mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak
keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk
Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor,
Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan
Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya
Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh
Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.
Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih
baik yang antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai
dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen
diganti oleh seorang Menteri Besar. Sementara syarat-syarat kerakyatan
diperketatkan melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara
permohonan.
Selangkah orang Melayu terus mara dengan kesatuan yang bulat untuk
mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. UMNO dipimpin oleh ramai tokoh yang
terbilang seperti Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Ghaffar Baba, Dr. Ismail,
Aziz Ishak, Sardon Jubir dan sebagainya untuk menyusuri jalan kemerdekaan.
Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra menggantikan Dato’ Onn Jaafar yang
meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka
lembaran baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
Ternyata perjuangan berabad lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan
Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sultan atau pemimpin tempatan sentiasa
cuba mengembalikan maruah bangsa dan negara. Perjuangan mereka dimulai secara
perang gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan
kesultanan Johor, Raja Haji (1782), Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk
Sagor (1875), Datuk Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul
Rahman Limbong (1928), Datu Mat Salleh (1894), Sharif Mashahor (1860), Rentap
(1853) dan sebagainya.
Bentuk perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan pada sekitar awal
1900 mula digerakkan oleh golongan agama seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh
Tahir Jalaluddin, pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol,
begitu juga peranan Syeikh Abdullah Fahim, guru agama di Kepala Batas
pada tahun-tahun 1930-an dan guru-guru Melayu khususnya dari Sultan Idris
Training College.
Selepas itu, bentuk perjuangan berubah menggunakan tinta dan mata pena.
Mereka daripada kalangan novelis, cerpenis, penyajak dan wartawan Melayu
khususnya daipada Utusan Melayu banyak memberikan pendedahan mengenai
perjuangan membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Antara pelopornya
ialah Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), A. Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji
Mohamad, Ahmad Boestamam, Usman Awang, Shahnon Ahmad dan ramai lagi hingga
sebahagian daripada mereka menjadi buruan Inggeris dan dipenjarakan.
Sesungguhnya apabila kita menyusuri akar perjuangan kemerdekaan, ternyata ia
telah banyak menumpahkan keringat, darah dan air mati.
sumber
: http://www.malaysiamerdeka.gov.my
No comments:
Post a Comment