Latar Belakang
Sekolah
Kebangsaan Bukit Mentok, Kemaman telah ditubuhkan pada 13 Januari 1951 dan
dikenali sebagai Sekolah Rakyat Bukit Mentok. Bangunannya yang berupa sebuah
bangsal berukuran 20 kaki x 40 kaki dengn beratap nipah dan berdinding separuh
dengan kulit kayu didirikan secara gotong-royong oleh orang kampung. Sekolah
ini hanya dilengkpi dengan 10 buah bangku panjang untuk 40 orang murid dan
seorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pada tahun
1952, sekolah ini membuka sekelas lagi menjadikannya dua kelas apabila terdapat
seorang lagi tenaga pengajar. Pada tahun 1955, sekolah ini mendapat bangunan
baru menggantikan bangsal yang sedia ada.
Pada tahun
1967, bangunan yang sedia ada diubah suai dengan keramaian murid yang lebih
kurang 90 orang dan 6 orang guru. Dalam tahun 1973 . Sekolah ini mendapat
sebuah bangunan baru 2 tingkat yang lengkap dengan pejabat, bilik guru besar,
bilik guru, stor dan 4 buah bilik darjah.
Pada tahun
1981 pula, sekolah ini mendapat sebuah kantin. Seterusnya pada tahun 1983,
sekolah ini mendapat 2 buah bangunan kilat dengan 4 bilik darjah. Manakala pada
tahun 1986 pula, sebuah lagi bangunan kilat didirikan di atas padang sekolah
dengan 4 bilik darjah. Kemudian pada tahun 1990 sebuah surau telah didirikan
secara gotong-royong oleh PIBG.
Kini, sekolah
ini mempunyai 18 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan, surau, makmal komputer
dan bangunan pra sekolah. Jumlah bilangan guru yang terkini adalah 40 orang dan
staf sokongan seramai 6 orang.
Pengasas Sekolah
En. Othman B. Hussin adalah orang yang bertanggungjawab
mengasaskan Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, Kemaman yang pada awalnya dikenali
senabai Sekolah Rakyat Bukit Mentok. Beliau dilahirkan pada 30 Disember 1935 di
kampung Marhum, Pekan, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awalnya pada tahun
1946 hinggalah darjah lima di Sekolah Lelaki Pekan, Pahang. Kemudian beliau
menyambung pelajarannya dalam darjah enam di Sekolah Lelaki Chukai, Kemaman
dalam tahun 1950.
Setelah
tamat darjah enam, beliau ditawarkan bertugas sebagai guru yang ketika itu
usianya baru 15 tahun. Beliau mula bertugas mendidik seramai 40 orang murid di
Sekolah Rakyat Bukit Mentok pada 13 Januari 1951 dengan dibayar gaji sebanyak
RM150.00 sebulan. Setiap hari beliau berulang-alik ke sekolah sejauh 2 km dari
rumahnya di Kampung kubang Kurus, Kemamandengan menaiki basikal, kadang kala
beliau tidak pulang ke rumah dan tidur di masjid bersama anak didiknya. Beliau
sangat komited terhadap tugasnya disamping aktif dalam senior pengakap.
Setelah
39 tahun berkhidmat, akhirnya beliau menamatkan tugasnya sebagai pendidik di
sekolah terakhir beliau iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman pada tanggal 31
Disember 1990. Kini beliau menjadi seorang pembantu pengkeranian disebuah
syarikat pembekal barang-barang disamping melibatkan diri dalam politik sebagai
AJK UMNO Cawangan Kampung Besut, Kemaman, Terengganu.
LENCANA
SEKOLAH
SIMBOL/
WARNA
|
MAKSUD
|
BIRU
|
Melambangkan
perpaduan murid-murid, Guru dan Ibubapa
|
PUTIH
|
Melambangkan
kejujuran dan kesucian
|
MERAH
|
Melambangkan
keberanian menempuh segala cabaran
|
KUNING
|
Melambangkan
taat setia kepada pemerintah dan mengamalkan prinsip rukun Negara, mematuhi
peraturan sekolah dan mengamalkan budaya sekolah
|
OBOR
|
Melambangkan
semangat kesukanan
|
13.1.1951
|
Tarikh
sekolah mula dibuka
|
BULATAN
BERGERIGI
|
Melambangkan
wawasan melahirkan generasi yang berteknologi
|
PEN, DAKWAT
& BUKU
|
Menandakan
matlamat sekolah untuk melahirkan murid berilmu dan bersahsiah tinggi
|
COGAN KATA
ILMU SINAR HIDUP
|
Menyatakan
bahawa orang yang berilmu pengetahuan akan mendapat kebahagiaan di dunia dan
akhirat
|
BENDERA SKBM
SEGI
TIGA KUNING
Melambangkan taat setia kepada
pemerintah
Mengamalkan Prinsip Rukunegara
Mematuhi peraturan sekolah
Melambangkan kejayaan
BIRU
Melambangkan
perpaduan murid,
guru dan
ibubapa
PUTIH
Melambangkan
kejujuran dan kesucian
No comments:
Post a Comment