SEJARAH SEKOLAH

Latar Belakang

            Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, Kemaman telah ditubuhkan pada 13 Januari 1951 dan dikenali sebagai Sekolah Rakyat Bukit Mentok. Bangunannya yang berupa sebuah bangsal berukuran 20 kaki x 40 kaki dengn beratap nipah dan berdinding separuh dengan kulit kayu didirikan secara gotong-royong oleh orang kampung. Sekolah ini hanya dilengkpi dengan 10 buah bangku panjang untuk 40 orang murid dan seorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

            Pada tahun 1952, sekolah ini membuka sekelas lagi menjadikannya dua kelas apabila terdapat seorang lagi tenaga pengajar. Pada tahun 1955, sekolah ini mendapat bangunan baru menggantikan bangsal yang sedia ada.

            Pada tahun 1967, bangunan yang sedia ada diubah suai dengan keramaian murid yang lebih kurang 90 orang dan 6 orang guru. Dalam tahun 1973 . Sekolah ini mendapat sebuah bangunan baru 2 tingkat yang lengkap dengan pejabat, bilik guru besar, bilik guru, stor dan 4 buah bilik darjah.

            Pada tahun 1981 pula, sekolah ini mendapat sebuah kantin. Seterusnya pada tahun 1983, sekolah ini mendapat 2 buah bangunan kilat dengan 4 bilik darjah. Manakala pada tahun 1986 pula, sebuah lagi bangunan kilat didirikan di atas padang sekolah dengan 4 bilik darjah. Kemudian pada tahun 1990 sebuah surau telah didirikan secara gotong-royong oleh PIBG.

            Kini, sekolah ini mempunyai 18 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan, surau, makmal komputer dan bangunan pra sekolah. Jumlah bilangan guru yang terkini adalah 40 orang dan staf sokongan seramai 6 orang.


Pengasas Sekolah

En. Othman B. Hussin adalah orang yang bertanggungjawab mengasaskan Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, Kemaman yang pada awalnya dikenali senabai Sekolah Rakyat Bukit Mentok. Beliau dilahirkan pada 30 Disember 1935 di kampung Marhum, Pekan, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awalnya pada tahun 1946 hinggalah darjah lima di Sekolah Lelaki Pekan, Pahang. Kemudian beliau menyambung pelajarannya dalam darjah enam di Sekolah Lelaki Chukai, Kemaman dalam tahun 1950.

            Setelah tamat darjah enam, beliau ditawarkan bertugas sebagai guru yang ketika itu usianya baru 15 tahun. Beliau mula bertugas mendidik seramai 40 orang murid di Sekolah Rakyat Bukit Mentok pada 13 Januari 1951 dengan dibayar gaji sebanyak RM150.00 sebulan. Setiap hari beliau berulang-alik ke sekolah sejauh 2 km dari rumahnya di Kampung kubang Kurus, Kemamandengan menaiki basikal, kadang kala beliau tidak pulang ke rumah dan tidur di masjid bersama anak didiknya. Beliau sangat komited terhadap tugasnya disamping aktif dalam senior pengakap.


            Setelah 39 tahun berkhidmat, akhirnya beliau menamatkan tugasnya sebagai pendidik di sekolah terakhir beliau iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman pada tanggal 31 Disember 1990. Kini beliau menjadi seorang pembantu pengkeranian disebuah syarikat pembekal barang-barang disamping melibatkan diri dalam politik sebagai AJK UMNO Cawangan Kampung Besut, Kemaman, Terengganu. 




LENCANA SEKOLAH



SIMBOL/ WARNA
MAKSUD
BIRU
Melambangkan perpaduan murid-murid, Guru dan Ibubapa
PUTIH
Melambangkan kejujuran dan kesucian
MERAH
Melambangkan keberanian menempuh segala cabaran
KUNING
Melambangkan taat setia kepada pemerintah dan mengamalkan prinsip rukun Negara, mematuhi peraturan sekolah dan mengamalkan budaya sekolah
OBOR
Melambangkan semangat kesukanan
13.1.1951
Tarikh sekolah mula dibuka
BULATAN BERGERIGI
Melambangkan wawasan melahirkan generasi yang berteknologi
PEN, DAKWAT & BUKU
Menandakan matlamat sekolah untuk melahirkan murid berilmu dan bersahsiah tinggi
COGAN KATA ILMU SINAR HIDUP
Menyatakan bahawa orang yang berilmu pengetahuan akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat

BENDERA SKBM
 



SEGI TIGA KUNING
*      Melambangkan taat setia kepada pemerintah
*      Mengamalkan Prinsip Rukunegara
*      Mematuhi peraturan sekolah
*      Melambangkan kejayaan

BIRU
*      Melambangkan perpaduan murid,
guru dan ibubapa

PUTIH
*      Melambangkan kejujuran dan kesucian

No comments:

Post a Comment